Siri 4 : Surah al-Israa’( 17: Ayat 23)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri 4 : Surah al-Israa’( 17: Ayat 23)

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

(Surah al-Israa’ Ayat :23)

💫 Antara Hak dan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa:

🔹 Taat kepada ibu bapa.
🔹 Mendoakan ibu bapa sama ada semasa hidup atau meninggal dunia.
🔹Menjauhkan hal yang tidak disukai oleh ibu bapa.
🔹Berbicara dengan lemah lembut.
🔹Menafkahkan dan memenuhi keperluan ibu bapa setakat yang mampu.
🔹Meminta izin dan restu ibu bapa dalam membuat sesuatu keputusan.
🔹Berbakti kepada ibu bapa sama ada semasa mereka sihat atau sakit.

💫 Pengajaran

🔹 Ibu bapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan.
🔹Menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga ibu bapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik.
🔹Janganlah sesekali kita menderhakai ibu bapa seperti meninggikan suara.
🔹Kita perlulah menjaga kebajikan ibu bapa khususnya semasa mereka sudah lanjut usia.
🔹Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back