{"id":3519,"date":"2016-05-06T15:59:17","date_gmt":"2016-05-06T07:59:17","guid":{"rendered":"http:\/\/edakwah.jaheaik.gov.my\/portal\/?p=3519"},"modified":"2016-05-06T15:59:17","modified_gmt":"2016-05-06T07:59:17","slug":"dahsyatnya-surah-al-fatihah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/dahsyatnya-surah-al-fatihah\/","title":{"rendered":"Dahsyatnya Surah Al-Fatihah"},"content":{"rendered":"<div id=\"fb-root\"><\/div>\n<p>KITA\u00a0sering membaca Surah Al-Faatihah ini berulang kali dan setiap kali kita mengerjakan solat, sama ada solat fardhu mahupun solat sunat. Allah SWT juga mengatakan Surah Al-Faatihah ini sebagai 7 ayat yang berulang-ulang dan mesti diulang-ulang sepertimana dalam firman Allah SWT menerusi Surah Al-Hijr ayat 87 yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.<\/p>\n<p>Pada minggu lalu, menerusi segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm pada setiap Isnin, 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman berkongsi tentang dahsyatnya Surah Al-Faatihah.<\/p>\n<p>Allah SWT menyebut mengenai Surah Al-Faatihah ini di dalam Surah Al-Hijr dan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa mengetahui dan belajar dengan guru mengenai sebab surah itu diturunkan dan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika surah itu diturunkan.<\/p>\n<p>Menurut para ulama tafsir, mereka mengatakan maksud di sebalik ayat 87 Surah Al-Hijr itu seolah-olah menggambarkan Surah Al-Faatihah tidak bersama-sama di dalam Al-Quran. Tetapi sebaliknya, ia bersama-sama di dalam Al-Quran dan dipisahkan ayat itu kepada dua cerita berbeza untuk menyatakan kehebatan Surah Al-Faatihah ini mengatasi surah-surah lain yang terkandung di dalam Al-Quran.<\/p>\n<p>Sesiapa yang mengkaji Surah Al-Faatihah, ia sudah cukup untuk kita memahami keseluruhan isi kandungan Al-Quran. Isi kandungannya telah merumuskan tentang Islam. Ia seperti pohon Islam yang lengkap dengan akar, dahan, buah dan ranting.<\/p>\n<p>Apabila kita melihat Surah Al-Faatihah itu sendiri, ia benar-benar merumuskan tentang Islam. Ustaz Syaari mengajak kita melihat bagaimana pohon Islam yang berada di dalam Surah Al-Faatihah. Islam ini wujudnya akidah sebagai akar kepada pokok Islam. Akidah ini ialah mengenal dan mengiktiraf Allah SWT. Proses akidah ini seperti yang tercatat di dalam Surah Al-Fatihah ayat 2 \u2013 4 \u00a0yang bermaksud : Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).<\/p>\n<p>Manakala batang pokok Islam sebagai tempat kita bersandar iaitu ibadah adalah merujuk kepada ayat 5 Surah Al-Fatihah yang bermaksud : Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Selebihnya, ayat 6 dan 7 menggambarkan tentang daun, buah dan ranting sebagai teduhan kita yang merumuskan keseluruhan tentang Al-Quran.<\/p>\n<p>Inilah yang disebut di dalam Surah Al-Hijr sebagai 7 yang berulang-ulang. Selepas disebut mengenai 7 yang berulang, kemudian disebut pula Kami telah kurniakan kepada kamu dahulu, Al-Quran itu sendiri. Maka, dapatlah kita fahami, Allah SWT mengangkat martabat Surah Al-Fatihah setelah bertahun-tahun Allah SWT turunkan Surah Al-Fatihah itu sendiri. Para ulama yang mengkaji Surah Al-Hijr, surah ini turun ketika Rasulullah SAW telah hampir 12 tahun berjuang di Makkah.<\/p>\n<p>Surah Al-Hijr ini turun ketika Rasulullah SAW dan para sahabat berada dalam keadaan tertekan. Apabila dilihat susunannya ialah selepas 4 surah lain seperti Surah Ibrahim, Yusuf, A-Ra\u2019d, Huud yang juga turun ketika10 tahun Rasulullah SAW menyampaikan dakwah Baginda kepada kaum Quraisy dengan pelbagai kaedah tetapi Quraisy melawan dengan bermacam bentuk sehinggakan ada usaha untuk membunuh Rasulullah SAW.<\/p>\n<p>Allah SWT mahu menyampaikan kepada Rasulullah SAW melalui apa yang disebutkan di dalam Surah Al-Hijr ayat 87 ini, sekalipun pelbagai ujian dan dugaan yang datang kepada Rasulullah SAW, Allah SWT telah hadiDahsyatnya Surah Al-Faatihah<\/p>\n<p>rkan sesuatu yang lebih daripada apa yang Quraisy perolehi. Iaitu Allah SWT hadirkan surah Al-Fatihah agar Nabi Muhammad SAW dapat benar-benar menghayati dan Allah SWT berpesan kepada Nabi Muhammad SAW agar peganglah dengan 7 ayat surah Al-Fatihah ini agar Baginda menjadi lebih kuat dan bersemangat.<\/p>\n<p>Menariknya, apabila kita baca dan hayati awal Surah Al-Hijr dan akhirnya, ia menggambarkan tentang pemeliharaan. Kita akan menjumpai mengenai pemeliharaan Al-Quran dan jaminan Allah SWT Al-Quran akan terpelihara. Manakala kita sebagai manusia, apabila kita mahu pelihara Al-Quran ini, kita seharusnya perlu pelihara juga bacaan Al-Faatihah kita. Betul tajwidnya dan sebutannya serta faham apabila kita membaca Surah Al-Faatihah.<\/p>\n<p>Allah SWT bagi petunjuk melalui Surah Al-Hijr kepada Rasulullah SAW bahawasanya Kami turunkan kepada Nabi Muhammad SAW 7 ayat ini dan apabila kamu membacanya, maka Kami akan pelihara kamu daripada gangguan syaitan dan juga daripada terkesan dengan perbuatan-perbuatan orang-orang yang tidak senang. Allah SWT akan pelihara iman kita dengan kita percaya dan membaca Surah Al-Faatihah ini.<\/p>\n<p>Ini disebutkan di dalam Surah Al-Hijr ayat 95 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, \u2013<\/p>\n<p>Maka sesiapa yang ingin mendapatkan pemeliharaan Allah SWT, bacalah surah Al-Hijr serta baca Surah Al-Faatihah yang turut disebutkan di dalam Surah Al-Hijr. Menerusi Surah Al-Hijr ini Allah SWT tunjukkan satu persatu bagaimana Allah SWT memelihara sama ada memelihara alam mahupun manusia.<\/p>\n<p>Surah Al-Faatihah ertinya pembukaan. Kita tidak boleh membuka khazanah terhebat di dalam Al-Quran selagi kita tidak membuka dan menghayati Surah Al-Faatihah. Seolah-olah ia kata laluan untuk memahami isi kandungan dan matlamat Al-Quran. Maka, masukkan kata laluan itu dan selamat menyelami dan mengembara khazanah Al-Quran yang sangat dahsyat. Kalam Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui Jibril selama 23 tahun. Segalanya mesti bermula dengan matlamat penurunan Al-Quran. Itulah Surah Al-Faatihah yang menerangkan apa yang terkandung di dalam keseluruhan Al-Quran.<\/p>\n<span class=\"marker\" style=\"background-color:#FFFFFF;\">Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 26 April 2016<\/span>\n<p>Faiz Hj. Othman<br \/>\nMerupakan penyampai di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Maulid @ IKIMfm, Salam IKIMfm dan banyak lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KITA\u00a0sering membaca Surah Al-Faatihah ini berulang kali dan setiap kali kita mengerjakan solat, sama ada solat fardhu mahupun solat sunat. Allah SWT juga mengatakan Surah Al-Faatihah ini sebagai 7 ayat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3520,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"cybocfi_hide_featured_image":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3519"}],"collection":[{"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3519"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3521,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3519\/revisions\/3521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3520"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/edakwah.kelantan.gov.my\/portal\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}